Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tan Sri Muhyiddin Telah Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri. Kenali PM Ke-8 Kita Disini!

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 10.30 pagi tadi.

Cover image via YouTube Buletin TV3

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini telah menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada 10.30 pagi tadi.

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Image via Astro Awani

Lihat video penuh Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri di bawah:

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia selepas menerima berkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Hal ini bertepatan dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara mutlak baginda untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Image via says.com

Image via says.com

Mungkin ramai yang masih belum mengenali Tan Sri Muhyiddin dengan lebih baik. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa informasi tentang Tan Sri Muhyiddin untuk makluman semua.

1. Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor

Image via Borneo Post

Adik beradik kandung Tan Sri Muhyiddin termasuklah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan).

Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

2. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar, Johor, lalu melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya

Image via The Rakyat Post

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar.

Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

3. Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972 bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman

Image via Google

Bersama mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin.

4. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974)

Image via Google

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

5. Beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik apabila mendaftar sebagai Ahli UMNO pada tahun 1971

Image via Google

Penglibatan dalam bidang politik di bawah UMNO-BN:

  • 1971: Bermula kerjaya politik dengan memasuki politik dengan menyertai UMNO Pagoh sebagai ahli biasa.
  • 1976: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Bahagian terpilih. Pada tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Johor.
  • Julai 1978: Bertanding kerusi Parlimen Pagoh dalam pilihan raya umum dan menang. Beliau berusia 31 tahun.
  • Julai 1981: Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Luar Negeri.
  • April 1982: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau juga menjadi ketua Pemuda UMNO Johor dan ahli EXCO Pemuda kebangsaan pada tahun yang sama.
  • Mei 1984: Ketua Bahagian UMNO Pagoh.
  • Ogos 1986: Menteri Besar Johor.
  • Oktober 1990: Mengekalkan kerusi negerinya dan meluaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Image via imgur.com

  • April 1995: Bertanding di kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum ke-9 dan menang, dengan itu menamatkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor.
  • Mei 1995: Dilantik ke Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan.
  • November 1999: Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam pilihan raya umum dan telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
  • Mei 2000: Naib Presiden UMNO. Beliau telah jawatan itu selama lapan tahun kemudiannya.
  • Mac 2004: Mempertahankan kerusi Pagohnya dalam pemilihan umum, dan dijadikan Menteri Pertanian ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
  • Mac 2008: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
  • April 2009: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran selepas Datuk Seri Najib Tun Razak diangkat sebagai Perdana Menteri keenam.
  • Oktober 2009: Timbalan Presiden Umno.
  • Mei 2013: Mengekalkan jawatan Kabinet dan kerusi parlimen berikutan pilihan raya umum ke-13.
  • 28 Julai 2015: Digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam perombakan Kabinet.
  • 26 Feb 2016: Digugurkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

6. Portfolio Kabinet

Image via Sinar Harian

  • Menteri Belia dan Sukan (1995 - 1999)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999 - 2004)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004 - 2008)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008 - 2009)
  • Menteri Pelajaran (2009 - 2013)
  • Timbalan Perdana Menteri (2009 - 2015)

7. Beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2015

Image via Berita Harian

Tindakan tersebut dibuat selepas Tan Sri Muhyiddin menegur Datuk Seri Najib berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Selepas pendirian Tan Sri Muhyiddin dalam parti yang dilihat sering 'bercanggah' berikutan tindakannya menentang pemimpin UMNO berhubung isu berkenaan, beliau kemudiannya dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada Jun 2016.

8. Tiga bulan tanpa parti, Muhyiddin bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kemudiannya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Image via Astro Awani

Beliau dilantik menjadi Presiden parti tersebut dan mula bergerak sebagai pembangkang di negara ini selama dua tahun.

BERSATU kemudian membentuk gabungan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dinamakan Pakatan Harapan (PH) dan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

9. Beliau merupakan Ahli Parlimen P143 Pagoh sejak 1978

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di bawah:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment