Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Blue Lagoon Bawah Seliaan UPM Dipenuhi Orang - “Penceroboh Boleh Dikenakan Denda RM10,000”

Difahamkan, kawasan itu dimiliki pihak UPM digunakan untuk tujuan penyelidikan dan tidak dibuka sebagai lokasi rekreasi.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kawasan ‘blue lagoon’ yang lokasinya terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam tular baru-ini sebenarnya adalah milik Universiti Putra Malaysia (UPM)

Difahamkan, kawasan itu dimiliki pihak UPM digunakan untuk tujuan penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.

Menerusi laporan Sinar Harian, Bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata penguatkuasaan lebih tegas perlu dilakukan untuk tujuan kawalan susulan status kawasan itu sebagai hutan simpan dan pernah berlaku kematian susulan bahagian kolam Blue Lagoon yang dalam.

"Semasa bekerja di Pejabat Menteri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saya beri cadangan agar UPM menghadap dan mohon izin Tuanku Sultan Selangor untuk lanjutkan pajakan dan naik taraf Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong ini.

"Rentetan itu ia kini juga dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC).

"Namun kini khabarnya banyak kegiatan pencerobohan berlaku. Dulu hanya untuk trekking, kini trek motorcross pun ada,"
katanya.

Image via Majoriti

Sebelum ini, tular sebuah hantaran di aplikasi X memaparkan luahan seorang penuntut UPM kecewa dengan apa yang berlaku dan memberi peringatan denda RM10,000 boleh dikenakan kepada penceroboh

Kehadiran orang ramai ke kawasan tersebut tanpa kebenaran dan memenuhinya menyebabkan seorang penuntut UPM kecewa dengan apa yang berlaku.

"Tak selamat dah blue lagoon kami. Punya besar papan tanda 'no entry', ada juga yang menceroboh.

"Siapa yang menceroboh boleh kena denda RM10,000.

"Tolonglah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ, " tulisnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han berkata, pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membuat tindakan susulan agar pemantauan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan segera.

"Kawasan ini memang kawasan larangan dan komuniti pendaki di sana telah banyak kali diberi amaran untuk tidak ceroboh ke kawasan hutan simpan.

"Hutan simpan digazetkan supaya ia terpelihara. Jika kerap diceroboh akan mengganggu persekitaran hutan simpan. Ia tidak lestari," katanya.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment