[VIDEO] Wanita Kongsi Jadi Mangsa & Terima Kesan Buruk Gara-Gara Orang Sekeliling Merokok
Orang yang tak merokok jadi mangsa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tabiat merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan sendiri malah individu yang tidak merokok juga boleh terima kesan buruk
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang wanita menerusi video yang dikongsi di halaman TikTok miliknya memaparkan implikasi yang diterimanya disebabkan orang sekeliling merokok.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan apa yang perlu dilaluinya ketika dimasukkan ke hospital disebabkan terkena serangan asma.
Menurutnya, dia bukanlah seorang perokok tetapi orang dekat di sekelilingnya ada yang merokok menyebabkannya sudah empat kali dia dimasukkan ke dalam wad.
"Pernah kena bronchitis ini masa pregnant, sampai warded, tapi masih orang sekeliling tak ada kesedaran" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 2.5M views, 366.1K likes dan 12.7K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!