seismik

Mufti Pulau Pinang Gesa BGTV Dikenakan Tindakan Jemput ‘Hot Daddy’ Sebagai Tetamu Podcast

Rata-rata netizen menganggap tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast umpama menormalisasikan perkara yang salah.

Cover image via MyWilayah & @qwertyasdfckk (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kecewa terhadap tindakan sebuah akaun penstriman podcast yang menjemput 'Hot Daddy' sebagai tetamu podcast

Menerusi laporan Berita Harian, Wan Salim memberitahu tindakan itu boleh dianggap sebagai satu cara mempromosi serta menormalisasikan aktiviti persundalan.

"Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak," katanya.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan sebuah akaun media sosial menganjur sesi podcast dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.

Tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast dianggap ibarat mempromosi perlakuan zina

Tambahnya, kerajaan perlu memandang serius terhadap perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan perkara sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

"Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

"Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: