seismik

Ini Senarai Selebriti Terkenal Antarabangsa Yang Akan Muncul Di TRX Mall Bulan Ini

Ingatkan Beckham je yang datang.

Cover image via Utusan Malaysia , Gulf News , L'officiel

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehadiran David Beckham ke pusat beli belah Tun Razak Exchange (TRX) menerima sambutan yang dahsyat daripada orang ramai

Image via Utusan Malaysia

Namun, tahukah anda bukan sahaja tokoh terkenal seperti Beckham sahaja yang hadir ke pusat beli belah itu pada bulan ini.

Kali ini kami kongsikan selebriti yang telah hadir dan akan datang membuat penampilan di pusat beli belah TRX pada bulan ini:

1. Thanaerng

Selebriti dari Thailand ini telah datang ke Malaysia dan membuat penampilan di TRX Mall pada 31 Januari yang lalu sempena pembukaan kedai Loewe di Pusat beli belah itu.

2. Tay Tawan

Seperti Thanaerng, rakan selebriti senegara Tay Tawan turut hadir pada upacara pembukaan kedai Loewe di TRX Mall pada 31 Januari lalu.

Turut hadir pada venue itu ialah beberapa selebriti tempatan yang mendapat jemputan meraikan pembukaan kedai berkenaan.

3. David Beckham

David Beckham telah datang ke Malaysia pada 1 Februari yang lalu bersempena merasmikan pameran jenama kasut sukan Adidas di TRX Mall.

Kehadiran Beckham betul-betul mendapat sambutan yang dahsyat apabila orang ramai dilihat datang ke pusay beli belh tersebut hanya untuk melihat bekas bintang bola sepak tersohot itu.

4. Yugyeom GOT7

Salah seorang daripada ahli kumpulan Kpop GOT7, Yugyeom akan tiba ke Malaysia pada 2 Februari ini setelah mendapat jemputan pembukaan kedai Coach di TRX Mall.

Ini peluang terbaik untuk untuk peminat setia GOT7 untuk bertemu dan beramah mesra bersama Yugyeom secara dekat pada jam 6.30 petang.

Image via L'officiel

5. Nanon

Seorang lagi selebriti dari Thailand, Nanon akan membuat penampilan di TRX Mall pada 2 Februari ini juga bersempena pembukaan kedai Coach di pusat beli belah itu.

Walaupun acara ini adalah ekslusif tetapi para peminat tetap digalakkan untuk datang bagi melihat dan bertemu bintang-bintang antarabangsa ini bermula jam 6.30 petang.

Image via Star Arena

6. Kim Se Jeong

Penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan ini akan membuat penampilan di TRX Mall pada 3 Februari ini pada pukul 12 tengah hari.

Bekas ahli kumpulan I.O.I akan menemui peminat-peminatnya di Malaysia sempena pembukaan butik Longchamp.

Image via Gulf News

7. Cha Eun Woo

Penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan ini akan kemabli ke Malaysia pada 24 Februari ini bersempena konsert Mystery Elevator di Stadium Melawati, Shah Alam pada jam 8 malam.

Sebelum ini, Cha Eun Woo telah hadir ke TRX Mall pada 9 Januari yang lalu sebagai duta produk kasut Skechers.

Dia telah hadir untuk pembukaan butik kasut berkenaan di samping mengadakan sesi beramah mesra bersama peminat di pusat beli belah terbabit.

Image via Skechers

Yay, tak sabarnya nak jumpa Kim Se Jeong!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: