seismik

[VIDEO] Sekali Pandang Macam Deretan Rumah Rupa-Rupanya Kubur, Siap Ada Dua Tingkat Lagi!

Lain macam.

Cover image via @badar1015 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekali pandang mungkin ianya dilihat seperti deretan rumah-rumah di kampung dibina berteres

Namun, jika anda perhatikan betul-betul anda boleh lihat deretan rumah itu sebenarnya adalah kubur.

Itulah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki melalui video yang dikongsinya di TikTok memaparkan kubur-kubur dibina seperti rumah.

Menerusi video yang dirakam dari Indonesia itu, lelaki berkenaan membawa penonton melihat binaan-binaan kubur terbabit di mana ia mempunyai pelbagai reka bentuk menyerupai rumah sebenar.

Apa yang mengejutkan lagi, terdapat binaan kubur yang dibina menyerupai rumah dua tingkat.

"Lahh, yang bunyi bertukang tu pasang kabinet dapur ke" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 14.5M views, 628.2K likes dan 20K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

Good luck lah kepada rider yang dapat order tiba-tiba sampai sini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: