seismik

Gara-Gara Ujian Lisan Bahasa Inggeris, Gitaris Mat Salleh Ini Habis Diserang Calon SPM

Budak sekolah back at it again.

Cover image via Majoriti & @kylegreenmusic (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang Mat Salleh terkejut apabila mendapati laman Instagram miliknya tiba-tiba menerima pelbagai mesej negatif dipercayai datang daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023

Perkara itu dipercayai terjadi disebabkan nama pemain gitar itu, Kyle Green muncul di dalam ujian lisan bagi subjek Bahasa Inggeris SPM baru-baru ini.

Susulan itu, Green tampil membuat video memberi respon dan menjelaskan wawancara yang didengari oleh calon-calon SPM itu hanyalah fiksyen semata-mata.

“Selalunya saya tidak akan membuat video sebegini, tetapi hari ini adalah hari yang sangat pelik bagi saya.

“Pagi ini, selepas saya bangun tidur, saya dapati peti mesej saya di Intagram penuh dengan mesej daripada pelajar di Malaysia," katanya.

Pemuzik itu menganggap kejadian berkenaan merupakan sesuatu pengalaman yang melucukan

Walaupun menerima pelbagai mesej negatif, gitaris berkenaan mengatakan ia tidak menjejaskannya malah merasakan perkara itu sesuatu yang lucu.

Dia juga sempat mengucapkan semoga berjaya buat calon-calon SPM di Malaysia dalam menghadapi peperiksaan.

“Untuk pelajar di Malaysia, semoga berjaya. Jika tidak, saya berharap anda semua akan belajar lebih keras pada masa akan datang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan minat terhadap muzik yang saya bawa dan telah memberikan kata-kata semangat. Saya saya menghargainya,” ujarnya.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: