seismik

Majlis Akad Nikah Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Kini Dibenarkan Kerajaan Arab Saudi

Difahamkan, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk memperkaya pengalaman jemaah haji di tanah suci.

Cover image via PP Signature & Daily Sabah

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan upacara akad nikah kini boleh dijalankan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Menerusi laporan Berita Harian, inisiatif itu adalah peluang untuk syarikat menghasilkan idea inovatif bagi menganjurkan majlis seumpama itu di tanah suci.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Arab Saudi untuk memberi lebih pengalaman yang berharga buat jemaah haji dan pengunjung yang datang ke masjid-masjid tersebut.

Akhir tahun lalu, Times of India ada melaporkan semakin ramai orang Islam yang kaya dari luar negara datang ke Madinah melangsungkan akad nikah sebelum menganjurkan majlis kenduri perkahwinan secara berasingan.

Image via Welcome Saudi

Pegawai perkahwinan di Arab Saudi, Musaed Al-Jabri, menjelaskan bahawa akad nikah di Masjid Nabawi adalah dibenarkan dalam Islam

Beliau menambah, Nabi Muhammad SAW diketahui telah mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di masjid itu.

"Ada di antara mereka mempunyai tradisi mengundang saudara-mara pasangan yang bakal menikah.

"Selalunya, rumah keluarga bakal isteri tidak dapat menampung semua undangan. Jadi, akad nikah dijalankan di Masjid Nabawi atau Masjid Quba," 
katanya lagi.

Bernikah di salah satu daripada dua masjid ini juga dilengkapi dengan faedah tambahan untuk dapat melakukan ibadah umrah yang boleh dilakukan sepanjang tahun.

Image via Daily Sabah

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: