seismik

Skuad Hoki Negara Lakar Sejarah Mara Ke Pentas Final Piala Dunia 5s Di Muscat, Oman

Kejohanan ini merupakan edisi pertama bagi Kejohanan Piala Dunia FIH Hoki 5s.

Cover image via Malaysian Hockey Confederation (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat negara, Malaysia berjaya ke final buat kali pertama selepas tewaskan Poland 4-3 di separuh akhir

Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara berjaya melakar sejarah melangkah ke pentas final edisi pertama Kejohanan FIH Hoki 5s Piala Dunia 2024, Muscat, Oman selepas berjaya menewaskan Poland 4-3 pada aksi separuh akhir.

Empat gol pasukan negara hadir menerusi dua jaringan daripada kapten pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook minit k-22  minit ke-24, satu gol menerusi Muhammad Arif Syafie Ishak minit ke-7 serta Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-19.

Gol Poland pula hadir menerusi Damian Jarzembowski pada minit ke-9, Wojciech Rutkowski minit ke-27 dan Jakub Holosyniuk minit ke-30.

Sementara itu, Belanda mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menewaskan tuan rumah Oman, 5-3 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Ketua Jurulatih negara, Wallace Tan memuji aksi yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya

Beliau memuji anak-anak buahnya yang bermain bermati-matian pada aksi separuh akhir memastikan Malaysia melangkah ke pentas final.

“Perlawanan hari ini, pemain telah memberikan segalanya dan berjuang hingga ke saat akhir dan walaupun Poland meraih kelebihan challenge pada penghujung permainan, tetapi kami berjaya menyelamatkannya dan keluar sebagai pemenang.

“Apa yang telah ditampilkan oleh pemain-pemain hari ini adalah satu semangat juang yang cukup tinggi.

“Pentas akhir bertemu Belanda, mereka merupakan satu pasukan yang cukup kuat dan telah menewaskan semua lawan yang mereka temui termasuk India dan Pakistan.

“Namun untuk Malaysia, kami akan tetap berjuang dan turun bermati-matian mencari kemenangan pada aksi akhir esok,” jelas beliau.

Malaysia akan bertemu Belanda di pentas final pada awal pagi Khamis jam 12:20 tengah malam, waktu Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: