seismik

TNG eWallet Kenakan Caj 1 Peratus Bagi Tambah Nilai Guna Kad Kredit Mulai 23 Februari Ini

Difahamkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan kos besar kad kredit yang ditanggung oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) selama ini.

Cover image via TouchnGo & TIME

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bermula 23 Februari ini, TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) akan mengenakan caj satu peratus untuk semua tambah nilai Touch n Go eWallet (TNG eWallet) yang menggunakan kad kredit

Menerusi laporan Berita Harian, caj yang dikenakan itu tidak akan melibatkan tambah nilai melalui kad debit dan DuitNow di mana ia akan kekal tidak dikenakan sebarang caj.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang melampau menggunakan kad kredit ke akaun bank di samping mengurangkan kos besar kad kredit yang ditanggung oleh TNGD selama ini.

"Sebagai institusi kewangan terbesar yang menguruskan lebih 20 juta pengguna yang disahkan e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), kita mesti mencari keseimbangan antara kemudahan, keselamatan dan kemampanan kos jangka panjang syarikat," katanya.

Image via TouchnGo

Saran pengguna TNG eWallet gunakan DuitNow untuk melakukan tambah nilai

Tambahnya, pengguna TNG eWallet digalakkan untuk menggunakan DuitNow bagi membuat tambah nilai kerana ia menggunakan proses pemindahan dana antara bank.

"Untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, kami masih membenarkan kad kredit sebagai satu daripada saluran tambah nilai tetapi kami juga menggesa pengguna untuk menambah nilai eWallet mereka melalui DuitNow atau kad debit, yang kedua-duanya adalah percuma.

"Apabila membuka akaun eWallet, pengguna diberikan nombor akaun DuitNow sama seperti akaun bank. Anda boleh menemui nombor akaun DuitNow ini pada bahagian profil eWallet,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: