seismik

"Makin Menjadi-Jadi" - Pelajar Tinggalkan Mesej Loya Buruk Pada Kertas Soalan Peperiksaan

Kesian dekat cikgu.

Cover image via Berita Harian & @brgsjks (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu pelajar menjawab peperiksaan dengan memberi jawapan 'loya buruk' bukanlah sesuatu yang baru

Perkara ini pernah beberapa kali tular dan mendapat perhatian ramai terutamanya tenaga pengajar yang turut berkongsi mengalami situasi yang sama.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di platform X menunjukkan sebuah kertas soalan yang tidak mempunyai jawapan ditulis tetapi ada mesej yang berunsur loya buruk diberikan pelajar.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat diketahui kertas soalan itu hadir daripada sebuah peperiksaan yang dan orang yang berkongsi itu mendedahkan dia hannya membantu guru menanda kertas dan menemui mesej berkenaan.

Image via @brgsjks (X)

"Tak budak ni ingat dia kelakar ke? nampak sangat kaki TikTok kuat. Kita paling busuk pun goreng je jawapan asalkan logic" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 304.8K views, 3K likes dan 3K reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen yang diberikan netizen:

Image via @brgsjks (X)
Image via @brgsjks (X)

Lihat hantaran penuh di bawah:

Risau baca, harap tak ramailah pelajar perangai macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: