Ratusan Peminat Banjiri Pasar Seni, KL Untuk Temui Finalis #AJL38 Dalam ‘Meet & Greet’
Meriah betul!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Para peminat tidak melepaskan peluang bertemu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini
Menerusi tinjauan di lokasi meet and greet tersebut, ratusan peminat dilihat memenuhi dan memeriahkan lagi sesi itu bagi bertemu penyanyi-penyanyi kesayangan mereka.
Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya adalah sesi busking, games dan freebies giveaway.
Sesi beramah mesra bersama finalis dibahagikan kepada dua sesi dan setiap sesi mempunyai 6 finalis yang hadir untuk bertemu para peminat.
Aina Abdul, Hael Husaini dan Ziana Zain antara finalis yang hadir ke acara berkenaan
Barisan finalis yang hadir pada acara semalam ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini, Shiha Zikir, Aisha Retno, Marsha Milan, Kugiran Masdo, Amir Jahari, Naqiu, Nabila Razali, Khai Bahar, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.
Sebagai rekod, Anugerah Juara Lagu yang ke-38 (AJL38) akan berlangsung pada 3 Mac hadapan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!