"Bridesmaids Tak Guna, Baik Jadi Lembu" - Luah MUA Lihat Pengantin Sibuk Urus Diri Sendiri
Pengantin sibuk mencari 'crown' dengan tangan masih berinai sementara pengapit selamba keluar sarapan.
Sudah menjadi trend pada masa kini bagi seorang pengantin perempuan untuk mempunyai pengapit yang ramai
Image via Pinterest
Pengapit atau bridesmaid selalunya terdiri daripada kalangan keluarga atau teman rapat pengantin tersebut. Bridesmaid masa kini selalunya diadakan bagi mencantikkan serta menaikkan seri dalam gambar perkahwinan setiap pasangan pengantin untuk dijadikan memori mereka.
Image via Pinterest
Namun begitu tugas pengapit sepatutnya memastikan segala perjalanan menuju ke majlis perkahwinan berjalan lancar.
Dilantik menjadi bridesmaid adalah satu penghormatan buat mana-mana wanita, kerana ini menunjukkan wanita itu amat dipercayai oleh pengantin tersebut. Oleh itu amanah yang diberikan tidak seharusnya diambil mudah malah harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Setiap bridesmaid haruslah sentiasa ringan tulang dalam membantu apa sahaja yang diinginkan pengantin.
Baru-baru ini, seorang jurusolek atau make-up artist (MUA) telah menceritakan pengalaman melihat dengan matanya sendiri seorang pengantin terpaksa menguruskan dirinya walhal mempunyai ramai bridesmaids
MUA tersebut yang dikenali sebagai Intan itu berkata pengantin tersebut terkial-kial menguruskan dirinya sendiri mencari barangan keperluan ekoran semua bridesmaids dikatakan lepas tangan.
Lebih mendukacitakan lagi apabila bridesmaids pengantin tersebut dengan sambil lewa menikmati sarapan pagi di sebuah kafe terkemuka dan menyatakan hanya akan berjumpa pengantin itu di dewan.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Nasihat Intan buat bakal pengantin di luar sana...
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Walau bagaimanapun tidak semua bridesmaid itu tidak berguna
Image via Twitter @KaharuddinIntan
Wanita-wanita sekalian, yang dilantik jadi bridesmaid tu, ringankanlah tulang mmbantu sahabat anda yang bakal mendirikan rumahtangga.
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain! Bukan sekadar melawa sahaja. Boleh?
Image via Giphy
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment