Buat Kelainan Jemput Doktor Sikh Bagi Ceramah, Netizen Puji Pengurusan Masjid Bangsar
Beliau memberikan ceramah tentang merokok.
Seperti yang kita tahu masjid adalah tempat beribadah untuk semua umat Islam
Ia adalah tempat suci yang kita harus menjaga tingkah laku dan juga percakapan. Di dalam masjid juga kita boleh mendengar ceramah-ceramah agama untuk kebaikan diri kita. Kebiasaannya ceramah-ceramah ini akan disampaikan oleh ustaz jemputan.
Namun, berbeza pula dengan sebuah masjid di Bangsar ini apabila pengurusan membuat kelainan dengan menjemput doktor beragama Sikh untuk memberikan taklimat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Beri ceramah tentang cara berhenti merokok dan tawar untuk membantu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi suasana ketika sedang berada di dalam Masjid di Bangsar.
Apa yang lebih menariknya adalah kebiasaannya ustaz yang akan memberikan ceramah, tetapi pengurusan masjid membuat kelainan dengan menjemput doktor Sikh untuk memberinya.
Difahamkan, doktor itu memberikan sedikit taklimat tentang bagaimana cara untuk berhenti merokok. Malah, dia juga siap menawarkan diri untuk membantu perokok di luar sana.
Image via @saifyakhtar (Twitter)
"Excellent example of tolerance Malaysian Style" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji pengurusan masjid berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi positif.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 79.3K views, 1,618 retweets dan 3,222 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @saifyakhtar (Twitter)
Image via @saifyakhtar (Twitter)
Banyak komen positif, bagus juga buat macam ini secara tak langsung beri kesedaran pada orang ramai :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment