Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Budak Darjah 2 Disahkan Buta Selepas Bertahun Kerap Makan Sosej & Nugget

Kanak-kanak tersebut dikatakan hilang deria penglihatan ketika di dalam kelas.

Cover image via Utusan ECLF/DeviantArt

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak 8 tahun buta setelah dikesan hanya makan makanan yang diproses

Menerusi sebuah kes yang dikongsi Dr Erna Nadia di halaman Facebook miliknya, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun secara tiba-tiba buta mengejutkan guru dan rakan-rakan kelasnya.

"Teacher, why can't I see anything?" ujar kanak-kanak malang itu secara tiba-tiba semasa berada di dalam kelas.

Kanak-kanak tersebut segera dibawa ke hospital setelah ibu bapanya dihubungi sejurus sahaja kejadian itu berlaku.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Pemeriksaan yang mengambil masa dua hari menunjukkan keputusan kanak-kanak itu kekurangan Vitamin A yang teruk

Kesan daripada kekurangan Vitamin A yang teruk, kanak-kanak berkenaan menghadapi kehilangan deria penglihatan untuk kedua-dua matanya.

Setelah disiasat oleh dietitian, kanak-kanak tersebut didapati hanya makan makanan yang diproses sahaja sejak bayi sehinggalah dia berumur lapan tahun.


Gambar sekadar hiasan.

Image via ECLF/DevianArt

Menyarankan supaya ibu bapa menjaga pemakanan anak dengan lebih baik

Tambahnya lagi, perkongsiannya itu adalah sebagai peringatan dan bukanlahh berniat untuk mengecam sesiapa.

"Kita cubalah ya include menu sihat dan makan makanan yang betul untuk makanan setiap hari. Makan nasi dengan telur mata dan kicap pun okay janji makanan betul.

"Makanan yang diproses adalah sangat tidak sihat dan tidak ada apa-apa nutrisi di dalamnya. Semakin lama ia boleh bertahan, semakin banyak warnanya, semakin tidak sihatlah ia," ujarnya.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment