"Bos Dari Neraka" - Wanita Dedah Majikan Tak Ada Rasa Simpati Lepas Beritahu Keguguran
Sakitnya hati baca.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila bosnya tidak menunjukkan rasa simpati selepas mendapat tahu dia keguguran
Menerusi ciapan di laman X, majikan kepada wanita itu tidak mengucapkan salam takziah selepas mendapat tahu dia mengalami keguguran. Malah, majikannya hanya memberikan cuti MC sebanyak tiga hari saja.
"MC 3 hari limit, yang lebih unpaid leave," katanya.
Susulan itu, netizen turut memberikan pendapat mengenai sikap majikannya
Ada yang berpendapat bahawa sepatutnya keguguran juga dikira sebagai cuti sakit hospitalization iaitu sebanyak 60 hari.
Ada juga yang memberitahu syarikat mereka hanya menerima MC daripada klinik panel saja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!