"Biarlah B40 Nak Beratur Panjang Untuk Coklat RM60, Itu Kemewahan Yang Mereka Mampu"
Pendapat individu di laman X baru-baru ini telah cetus perdebatan ramai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, kecoh mengenai menu terbaru daripada Suka Dessert iaitu 'Tricolour Chocolate' telah mencetus perdebatan ramai kerana harganya yang didakwa terlalu mahal
Menurut pemilik Suka Dessert yang dikenali sebagai Aunty Ja, menu tersebut hanyalah coklat semata-mata yang diletakkan berlapis dalam cawan lut sinar.
Walau bagaimanapun, dia juga tidak menyarankan pelanggan untuk membeli menu tersebut kerana mahal. Aunty Ja juga ada menjelaskan mengapa dia meletakkan harga sebegitu. Difahamkan, coklat yang digunakan adalah premium jenis Callebaut.
Dalam pada itu, tular pula ciapan di laman X baru-baru ini apabila seorang individu berpendapat tidak menjadi masalah jika golongan B40 ingin beratur membeli menu itu sekali sekala
Susulan tularnya ciapan tersebut, ia telah menjadi bualan ramai sekali gus mencetus perdebatan dalam kalangan netizen di Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!