Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bulan Bintang Lancar Kempen 'The Terrrrpaling Raya' - "Siap Boleh Menang Kereta & Motor"

Sebagai rekod, Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3 juta untuk semua pembeli koleksi 'The Terrrrpaling Raya' pada tahun ini.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung kalinya, jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang telah mengadakan pertunjukan fesyen yang diberi nama 'Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show' baru-baru ini yang juga mendapat kerjasama dari Tiktok Shop sebagai rakan kongsi e-dagang

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha. Pertunjukan fesyen ini juga dikejutkan dengan pengumuman Remy Ishak sebagai duta koleksi Baju Melayu Teluk Belanga.

Image via @bulanbintangclothing (TikTok)

Menerusi laporan, pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, atau lebih dikenali sebagai Meri berkata, 2024 merupakan tahun untuk membalas jasa pelanggan setia yang tidak jemu memberikan sokongan kepada jenamanya sejak sembilan tahun lalu.

Tiada dron atau gimik gempak menghiasi kempen raya 2024, jelas Azzim, tahun lepas sejumlah RM8 juta dibelanjakan bagi membina jenama, namun kini semuanya ‘dihabiskan’ kembali kepada pembeli.

“Tahun ini adalah tahun untuk saya membalas jasa kepada mereka yang selama ini menyokong Bulan Bintang. Saya belanjakan RM11 juta dan semuanya diberikan kembali kepada pembeli. Tahun ini kami belanjakan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 sampin percuma bagi setiap pembelian atau mereka boleh memilih baju batik modern fit yang berharga RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini kami berhabis RM1.6 juta.

“Dan setiap pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta di mana terdapat banyak hadiah menarik antaranya dua buah kereta, motosikal, Iphone, pakej umrah dan percutian,” katanya.

Image via @bulanbintangclothing (TikTok)

Akui kelemahan dan terima respons negatif daripada pembeli, begitupun Bulan Bintang berjanji akan memberikan kualiti terbaik pada tahun ini

Berkongsi perkembangan mengenai Bulan Bintang, Meri mengakui kelemahan produksi tahun lalu dan mengambil tindakan proaktif dengan menukar kilang dan melakukan secara ‘overhaul’ keseluruhan bagi memberikan kualiti terbaik pada tahun ini.

“Saya akui tahun lalu kami terima respon negatif daripada pembeli dan secara jujurnya ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada jenama dan diri saya sendiri. Saya jadi anxiety dan takut nak membaca mesej yang masuk, sehingga hari ini saya masih trauma.

“Namun saya memandangnya pada sudut yang positif dan hikmahnya Bulan Bintang lebih perketatkan isu kualiti pada baju dan ia terbukti.

Image via @bulanbintangclothing (TikTok)

“Saya tak mahu menjadi jenama syok sendiri dan baju Bulan Bintang dihantar ke makmal untuk menjalani Fabric Lab Test Report dan hasilnya kami mendapat A. Fabrik berangin, tak panas dan tiada lagi masalah benang tetas atau berbulu. Kami mahu menjadi pelopor kepada jenama muslim kontemporari dengan memperkenalkan pesak flexi.

“Malah untuk menjadi yang terbaik, ia bukan sekadar produk yang berkualiti, malah kami pertingkatkan lagi mutu khidmat pelanggan di mana kami bersedia 24 jam setiap hari. Call sahaja jika ada sebarang masalah dengan baju,” tambahnya.

Berikut di bawah antara hadiah yang ditawarkan buat para pembeli Bulan Bintang:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment