Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Buru Makanan Halal. Lelaki Ini Kongsi Itinerari Best Untuk 'Food Hunting' Di Hatyai 3H2M

p/s: Ini bukan itinerari bajet ya, yang penting semua makanan adalah HALAL dan perut kenyang! :D

Cover image via Dhiya Aizat / Facebook

Kalau bercuti, pasti ada yang suka food hunting, sight-seeing, shopping dan sebagainya. Ikut minat dan pilihan masing-masing yang penting menyeronokkan.

Image via Tenor

Namun begitu, tak semua orang suka untuk membeli-belah ketika bercuti di negara orang. Ada yang lebih suka untuk mencuba makanan istimewa di negara yang dikunjungi itu. Yang penting, makanan tersebut dijamin HALAL.

Tapi kejap, korang pernah cuba pergi food hunting di Hatyai, Thailand tak? Dengar cerita di sana dipanggil 'syurga' makanan? :)

Bagi memudahkan lagi perancangan anda untuk ke Hatyai, boleh ikuti tips Memburu Makanan Halal di Hatyai selama 3H2M ini yang dikongsikan oleh Dhiya Aizat

Lelaki ini telah pergi 'buru' makanan yang sedap di Hatyai menggunakan KTM sahaja. Lebih mudah dan tak perlu susah-susah untuk cari parking kereta dan sebagainya.

Perkongsian ini sesuai buat anda yang suka untuk jalan-jalan cari makan. Memang puas! Ingin tahu bagaimana? Ha, baca itinerari penuh di bawah:

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Sampai je stesen keretapi Padang Besar, cari platform 2 untuk beli tiket ke Hat Yai. Trip ada dua kali pagi dan petang; kena cop both imigresen Malaysia and Thailand sebelum depart; expect delay sebab nak tg train dr Thailand smpi dan diorang clearkan penumpang dulu. Train pagi - kaunter buka jam 9, train ptg jam 2.30.

Hari pertama:

ETS: KL Sentral to Padang Besar (Gold Class) - RM 152 (Return)/per pax
Depart - 7.12 am, Arrive - 1.00 pm. Train Padang Besar - Hat Yai - RM 7 (sehala)/ per pax
Depart - 3.40 pm (tapi delay lama gila - gerak 5.15 pm) | Arrive - 5.10 pm (waktu Thailand, sejam lambat)
Jalan kaki pi check in hotel - V Ocean Palace - RM 65 semalam - 2 malam RM 130 (tempah di Booking.com)
Grab ke Khlong Hae Floating Market - 150 baht, makan di Khlong Hae Floating Market : 140 baht, telur puyuh goreng : 20 baht, coconut pancake : 20 baht, kerabu maggi : 30 baht, air longan dalam buluh : 20 baht, seafood pancake/omelette : 30 baht, fried shrimp : 20 baht
Grab ke Asean Night Bazaar - 160 baht 
Shopping - bergantung pada individu - sila tawar smpi tak boleh pergi lagi harga haha 
Thai Iced Tea - 25 baht per pax : 50 baht (tak makan sebab kenyang dah makan kat floating market; generally makan kat floating market jauh lebih murah)

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Ini dia Khlong Hae Floating Market tu. Mostly yg jual atas bot adalah muslim so jgn ragu-ragu insyaAllah. Buka hanya hari Jumaat hingga Ahad tau.

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Antara yang menarik & wajib cuba di Khlong Hae Floating Market
1. Khanom Khrok - Coconut pancake
2. Khai Nok Kathaa - Telur puyuh goreng
3. Seafood pancake - mcm omelette ada isi kupang & crabstick kat dalam

Jom ke Asean Night Bazaar pula untuk lihat apa yang ditawarkan di sana!

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Pastu kita ke ASEAN Night Bazar (tutup setiap Isnin). Siapa hantu shopping sini best nak cuci mata tgk baju-baju murah.

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Antara makanan halal yang ada kat tingkat atas ASEAN Night Bazaar.

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Kemeja printed mcm ni harga RM 30 je weh. Kain pun sedappp!

Hari kedua:

Sewa skuter - 300 baht, minyak full tank 90 baht - kadar sewa untuk sehari, amik 9 pagi pulang next day 9 pagi jugak
Breakfast Salma Restaurant - 160 baht. MENU: Roti murtabak ayam, Roti telur, Teh o ais dan air kosong
Melawat Stainless Steel Temple (7 km from town) - free entrance, pusing-pusing Hat Yai; street art, town etc
Lunch - Chabura Dimsum : 270 baht. MENU: 10 dimsum kecil, 2 dimsum besar, fresh orange, air kelapa
Minum coffee/cake - The Coffee Company : 260 baht - Ice mocha, ice cappucino, salted choc cake
Dinner - Khlong Hae Seafood Buffet - 289 baht per pax : 578 baht (kalau tak nak seafood, nak buffet biasa je harga 179 baht)
Lee Garden Plaza 
- Foot massage 300 baht (150 baht per pax), bird nest dessert : 100 baht, durian : 100 baht dan ovomaltine pancake : 50 baht

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Day 2 - Breakfast : Salma Restaurant - sini roti canai cicah green curry. Sedap especially roti murtabak ayam! Sila cuba. Nak lunch sini pun bleh kalau korang malas keluar Hat Yai town.

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Pastu naik motor pi tgk temple stainless steel ni; perjalanan mencabar sebab laluan berbukit.

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Hari ketiga:

Kim Yong Market - Jalan-jalan tengok barang
Breakfast - Sulaiman Restaurant : 160 baht. MENU: Dim sum, roti murtabak ayam, teh o ais limau dan ais kosong
Pulang skuter, jalan kaki pi lunch. Lunch - Kai Tod Decha - 305 baht. MENU: Nasi Kuning, ayam goreng, daging bakar, teh ais dan ais kosong.
Balik naik minivan to Padang Besar - 250 baht per pax - 500 baht - cuma korang kena jalan skit dr imigresen ke stesen keretapi Padang Besar dalam 10 minit.
Balik KL naik ETS jam 3.55 petang (on time jalan weh sebab tu tak berani naik train balik dari Hat Yai ke Padang Besar)

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Kim Yong Market - Gajus sini murah dan banyak buah-buahan tempatan yang segar mcm manggis!

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Breakfast day 3 - Sulaiman Restaurant - 10 biji dimsum tu br 50 baht weh haha.

Dah jalan sana-sini, berapa pula bajet yang telah digunakan? Ini pecahan selama 3H2M berada di Hatyai:

Total for 2 pax [ETS + Train to Hat Yai + Accommodation] - 152 + 7 = 159 x 2 | 318 + 130 = RM 448

Perbelanjaan di Hat Yai: [Day 1 + Day 2 + Day 3 = 500 baht + 2208 baht + 965 baht = 3673 baht to MYR = RM 500

For one pax - RM 448 + RM 500 = RM 948/2 = RM 474 per person (kalau nak tambah for shopping, ikut kemampuan sendiri)

Disclaimer

- Trip ni takdelah terlalu bajet; bleh dapat lagi murah bergantung pada jenis pengangkutan (tuk-tuk, grab, skuter semua rate lain2) dan hotel yg anda pilih
- Kalau pergi berempat lebih jimat sebab duit grab bleh kongsi 4 orang haha
- Makanan pun ikut citarasa saya sendiri; tak sempat nak rasa tomyam ke pulut mangga ke pasal dah kenyang makan benda lain haha
- Saya cadangkan try pergi naik train lama dr Padang Besar ke Hat Yai sebab view dia mmg cantik!
- Kat street-street depa banyak je orang Muslim jual makanan; silalah explore dengan berjalan kaki; lepas makan burn kalori!

Banyak betul makanan sedap-sedap yang ada di Hatyai ni!

Terliur...

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Image via Dhiya Aizat / Facebook

Untuk tonton lebih detail tentang trip food hunting di Hatyai ini, boleh klik sini.

Apa lagi? Hatyai jom? :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara itinerari ke Hatyai yang lain untuk anda:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment