seismik

Dengan Bajet Serendah RM200, Wanita Ini Kongsi Itinerari 'Food Hunting' Ke Hatyai

RM200 untuk makan sahaja, tidak termasuk shopping.

Cover image via Norizila Siran / Facebook

Bila cakap pasal travel, mesti semua berfikiran kena shopping, tangkap gambar banyak-banyak dan sebagainya. Tapi sebenarnya anda boleh lakukan aktiviti yang berbeza.

Pernah tak terfikir untuk food hunting ketika bercuti?

Contohnya, anda memilih lokasi untuk bercuti di tempat yang boleh dikatakan 'syurga makanan'. Hanya kerana anda adalah seorang pemakan yang tegar dan memang suka explore semua jenis makanan di negara orang, bila travel pun langsung tak terfikir untuk buat perkara lain selain dari makan.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Norizila di laman Facebook tentang itinerari perjalanannya ke Hatyai untuk 'food hunting' dengan bajet serendah RM200 sahaja. Biar betul?!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Menurutnya, ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki di Hatyai. Pertama kali menaiki kereta, kali ini menaiki tren pula.

Ini merupakan itinerari pendek selama 2 hari 1 malam beliau di sana:

Naik train ke Padang Besar pada jam 6.48 am.

Image via Norizila Siran / Facebook

1) Tukar duit RM350 - 2760bath *rate 12.65.

2) Tiket sehala Tasek Gelugor - Padang Besar RM10.40.

3) Tiket sehala Pasang Besar - Hatyai:
- RM7/50bath (open window) 
- RM10/70bath (aircond)

Kaunter tiket buka pukul 9am. Turun dari KTM pergi hujung sekali. Better datang awal kalau tak nak beratur panjang. 

Train dari Padang Besar ke Hatyai ada dua trip sahaja, pukul 9.55am & 3.40pm. Train dari Hatyai ke Padang Besar ada dua trip juga, pukul 7.30am & 1pm (waktu thailand).  Alternatif lain ke Hatyai selain dari train dari Padang Besar, dengan menaiki mini van.

Tempah hotel melalui Aplikasi Agoda iaitu D-One Hotel yang berdekatan dengan stesen untuk menaiki tren

4) D-ONE hotel - RM95/malam book thru agoda *betul betul tengah town. Jalan kaki je untuk ke train station & Lee Garden Plaza. Highly recommended.

5) DTAC sim - 240bath/RM28 FREE 7 days unlimited data. Tapi kalau pandai bodek boleh dapat 200bath/RM24. Nanti ada orang jual dalam train.

Selain jalan kaki, aku naik GRAB untuk ke lokasi yang lebih jauh. Kalau ramai boleh naik TUKTUK. Kalau tak ramai, naik grab jimat lagi. Masuk code promo “THAILAND” dapat disc 50%. boleh guna 2 kali sahaja utk 1 akaun.

Sampai di Hatyai.

Image via Norizila Siran / Facebook

D-One Hotel.

Image via Norizila Siran / Facebook

Pemandangan dari hotel.

Image via Norizila Siran / Facebook

Antara tempat-tempat yang boleh dimasukkan ke dalam senarai WAJIB kunjung di Hatyai adalah:

1) Lee Garden Plaza Street.
2) Kai Thot Decha (10am-9.30pm).
3) Khlong Hae Floating market (3pm-9pm Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja).
4) Asean Night Bazaar Market (3pm-10pm, Isnin tutup).
5) Lee Garden Night Market (8pm-12am).
6) Dim Sum Chabura (6am-2pm).
7) Greenway night market (4pm-10pm, Isnin tutup).
8) Kim Yong Market (6am-6pm).
9) Central Festival.
10) Foot massage 200 bath/jam.

Nampak macam Nasi Ayam biasa kan? Cuba dulu baru tahu! Nasi fried chicken 65bath dan teh ais buih 30bath. Total 95bath.

Teh Ais buih padu, 30 bath.

Image via Norizila Siran / Facebook

Jalan-jalan cari makan di Hatyai memang tidak mengecewakan!

Coconut ice cream, 50 bath.

Image via Norizila Siran / Facebook

Air famous di Thailand.

Image via Norizila Siran / Facebook

Seafood, 300bath-500bath.

Image via Norizila Siran / Facebook

Seafood di sana pun dijual dengan harga yang berpatutan, tidak terlalu mahal. Tapi sayanglah jika anda seorang yang alergik seafood.

Jangan lupa singgah ke Khlong Hae Floating Market kalau nak food hunting dengan pilihan makanan lebih banyak

Kalau nak shopping, boleh singgah Asean Night Bazaar ni. Pastikan anda bawa duit lebih. Kalau datang masa tengah bulan atau belum gaji, menangis tak dapat shopping!

Kalau tak nak shopping, boleh teruskan food hunting sebab banyak lagi makanan menarik dan sedap di Hatyai yang anda boleh cuba sekali seumur hidup!

Pancake Banana & Coklat, 35bath.

Image via Norizila Siran / Facebook

Buah-buahan segar, 30bath.

Image via Norizila Siran / Facebook

Lokching.

Image via Norizila Siran / Facebook

Dimsum Chabura, 15bath/pcs.

Image via Norizila Siran / Facebook

Masa untuk kembali ke Malaysia!

Pergi dan balik menaiki classic train.

Image via Norizila Siran / Facebook

Mereka sudah, anda bila lagi? :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik hanya di SAYS SEISMIK:

You may be interested in: