Cara Mak Cik Ini Tangkap Suami ‘Kantoi’ Keluar Dengan Wanita Lain Jadi Perhatian Netizen
Panas ni!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi asam garam dalam rumah tangga, kadang kala akan timbulnya pergaduhan antara suami dan isteri walaupun hal kecil
Tambahan lagi jika mendapat tahu bahawa rupa-rupanya pasangan kita bermain kayu tiga. Pasti hati ini akan merasa marah dan sedih sekali.
Siapa saja yang suka kena tipu oleh orang yang dicintai bukan? Rasanya memang akan sakit. Namun, terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu memaafkan atau memberikan peluang kedua.
Begitulah yang berlaku kepada seorang mak cik ini apabila videonya tular di Twitter menunjukkan bagaimana dia ternampak suaminya bersama perempuan lain mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Perang mulut lepas ternampak suami keluar dengan perempuan lain
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang berperang mulut dengan seorang wanita selepas terserempak dia keluar bersama suaminya di tempat awam. Difahamkan kejadian itu berlaku di Singapura.
Wanita berkenaan dilihat seperti mahu beredar dan lari daripada mak cik tersebut, namun mak cik itu datang memanggilnya semula dan apa yang lebih mengejutkan adalah dia sehingga memberikan cincin kahwinnya kepada wanita itu.
Bukan itu saja, mak cik berkenaan juga memberitahu wanita itu dia juga pernah kurus sepertinya semasa muda dan kini setelah bentuk badannya berubah, suaminya itu mencari perempuan lain pula.
Namun, rupa-rupanya itu semua hanyalah prank semata-mata yang dilakukan oleh salah sebuah stesyen televisyen bersempena April fool.
Image via @amer_aljeffrey (Twitter)
"Sambil bagi cincin tu! So basically siapa yang pakai cincin tu akan buat dia fat" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong tindakan mak cik itu. Malah, ada yang meluahkan perasaan mereka setelah ditipu oleh orang yang tersayang.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 360.7K views, 8,442 retweets dan 11.3K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Steady mak cik, yelah siapa je tak marah kalau nampak suami keluar dengan perempuan lain.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment