Cara Mydin Malaysia Promote Baju Sukan Ini Undang Perhatian Ramai - "Laju Eh Buat Kerja"
Admin terhibur!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia emosi gara-gara tidak berpuas hati dengan pakaian rasmi yang bakal dipakai oleh atlet di Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi
Image via Harian Metro
Ramai yang berpendapat baju sukan hasil kolaborasi antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pengeluar pakaian rasmi iaitu Yonex itu kurang menarik dan warnanya agak suram.
Malah, ramai masih berharap pihak Yonex mengubah suai semula rekaan baju yang lebih cantik supaya atlet Malaysia dapat memakainya dengan bangga sebagai wakil negara di sukan olimpik itu nanti.
Mydin Malaysia buat parodi sambil promote baju sukan cantik
Baru-baru ini, tular video di TikTok @mydinmalaysia memaparkan pekerja mereka membuat parodi untuk mempromosikan pakaian sukan di Mydin telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kelihatan pekerja lelaki berkenaan membuat parodi ketika pelancaran pakaian rasmi majlis tersebut.
Apa yang menghiburkan adalah apabila Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin yang merupakan Pengarah Urusan Mydin turut muncul di dalam video itu.
"Macam ni ke baju wakil Malaysia? Baju Mydin lagi cantik lah," katanya.
Image via @mydinmalaysia (TikTok)
Image via @mydinmalaysia (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Sempat lagi kontinjen Malaysia nak tukar baju ni. We can do better than this!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment