TikToker Singapura Makan Nasi Kandar Berjumlah RM300 Di Pulau Pinang - "Pecah Rekod!"
Tengok pun dah rasa kenyang ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) berkongsi gambar seorang pempengaruh popular dari Singapura membeli nasi kandar di restoran mereka yang berharga RM300
Menerusi hantaran di laman Facebook, TikToker yang dikenali sebagai Zermatt Neo itu dihidang satu talam nasi kandar dengan pelbagai jenis lauk. Difahamkan, jumlah tersebut merupakan harga makanan paling tinggi dalam sejarah restoran NKS.
"All time biggest ever record. Seorang makan. Orang Singapore. Dia memang seorang influencer tiktok buat video makan banyak-banyak. Siap bawa talam lagi. Nama TikTok dia Zermatt Neo. Kali ini dia mai NKS makan nasi kandaq sampai RM300. Rekod paling tinggi dalam sejarah NKS.
"Note: kami tak panggil dia, dia sendiri yang mai makan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!