Cedera Terpijak Paku Masa Jogging Tepi Jalan, Individu Saran Orang Ramai Berhati-Hati
Tak tahu apa motif pasang paku tepi jalan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, orang yang mengamalkan gaya hidup sihat akan menjadikan aktiviti joging sebagai rutin harian mereka
Kebiasaannya, mereka akan berjoging di bahu jalan setiap pagi atau petang. Perkara itu telah menjadi satu rutin untuk dilakukan.
Namun, baru-baru ini tular seorang lelaki cedera akibat kakinya terpijak paku ketika joging di kawasan Rawang.
Image via Elan Lee (Facebook)
Tak tahu apa motif manusia letak paku
Lelaki itu difahamkan sedang berjoging, namun kakinya cedera terpijak paku. Lebih mengejutkan adalah apabila dia mendapati paku ditanam sederet di tepi jalan.
"Hari malang, baru nak buat 10km dah kaki terpijak paku & tersungkur angkara perbuatan khianat manusia, sedih bukan sebab cedera tapi sebab tak dapat habiskan lari.
"Sederet paku dia tanam dekat bahu jalan, apa yang terkandung dalam pemikiran dan hatimu masa kau tanam paku ni?" tulis mangsa.
Image via Elan Lee (Facebook)
Laporan polis telah dibuat untuk keselamatan orang awam
Lelaki itu dilihat membuat laporan polis di baiai polis terdekat.
Image via @Syahmi_Paan (X)
Image via Elan Lee (Facebook)
Lihat posting itu di bawah:
Bahaya tu, hati-hati semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment