Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Dekat Wad Bersalin - "Tak Berani Nak Lawan Sebab Takut"
Ini bukan kali pertama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki yang merupakan pegawai polis didakwa mencabul anak tirinya
Kejadian berlaku di sebuah hospital di Surabaya, Indonesia.
Menurut sumber, kes ini bukan kejadian kali pertama. Dia juga pernah dicabul berkali-kali oleh ayah tiri yang merupakan pegawai polis.
"Awalnya saat ibu saya melahirkan di rumah sakit, saat itu saya sendirian di rumah. Mulai dari kamar tidur hingga di kamar mandi saya pernah digitukan (dicabuli) sama ayah tiri saya,” katanya.
Difahamkan, datuk mangsa yang melaporkan kes itu kepada pihak polis
Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun itu menceritakan kepada datuknya. Lantas itu, datuknya segera membuat laporan polis.
Mangsa mengaku telah dicabul oleh bapa tirinya, 50, sejak tahun 2020 dan kali terakhir adalah pada bulan Februari lepas. Lebih mengejutkan apabila tertuduh didakwa mencabul anak tirinya ketika si isteri sedang bertarung nyawa melahirkan bayi di wad hospital.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!