seismik

"Tak Sangka Last Jumpa" - Lelaki Sedih Bekas Rakan Kelas Maut Dalam Tragedi Helikopter

Sahabatnya sempat memuat naik gambar bersama arwah.

Cover image via Suzana Hamdan (FB)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita pelanggaran dua buah helikopter

Dua buah helikopter dilaporkan bertembung di ruang udara sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Perak.

Menurut sumber, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Tragedi ini melibatkan 10 orang kru terkorban kira-kira jam 9.45 pagi.

Image via Harian Metro

Bekas rakan kelas muat naik gambar arwah ketika zaman dulu

Seorang individu yang dikenali sebagai Suzana Hamdan memuat naik hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut memaparkan beberapa keping gambar sambil menzahirkan ucapan takziah kepada arwah, Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi dalam tragedi helikopter.

"Innalillahwainnailahirojiun salam takziah dan Al-Fatihah buat sahabat bekas rakan sekelas. Tak sangka akhir ramadhan aku jumpa kau tu adalah kali terakhir aku bertemu dengan kau. Damai lah kau di sana sahabat. Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi" tulisnya.

Lihat posting itu di bawah:

Al-Fatihah buat arwah dan semua mangsa tragedi helikopter.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: