10 Taman Rekreasi Yang Boleh Anda Pergi Dengan Pengangkutan Awam - "Jom Healing"
No more alasan lepas ni, kalau tak ada transport.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, terdapat pelbagai taman rekreasi yang ada di Lembah Klang?
Lebih memudahkan lagi, ada taman rekreasi yang boleh anda singgah dengan menaiki pengangkutan awam saja tau.
Nak tau di mana, jom baca artikel ini!
1. Taman KLCC
Cara: Naik LRT dan turun di stesen KLCC. Jalan keluar melalui pusat beli-belah, anda akan sampai ke taman KLCC.
2. Taman Botani Perdana
Cara: Naik MRT dan turun di stesen Muzium Negara. Jalan sedikit untuk sampai ke destinasi.
3. Taman Eko-Rimba KL
Cara: Naik GOKL Purple Line dari Pasar Seni ke Menara Olympia.
Alternatif lain, anda boleh berjalan selama 20 minit dari Bukit Nanas Monorail atau LRT Dang Wangi.
4. The Central Park, Desa City
Cara: Naik bas T109 dari Sri Damansara Sentral dan turun di pusat beli-belah Waterfront. Jalan selama 5 minit.
5. Tasik Universiti Malaya
Cara: Anda boleh menariki LRT atau bas. Turun di LRT Univerisiti, kemudian naik bas RapidKL T789 dan turun di Fakulti Undang-Undang atau Fakulti Kejuruteraan.
6. Taman Aman
Cara: Naik LRT dan turun di stesen Taman Paramount. Jalan lebih kurang tiga minit melalui Jalan 21/1.
7. Taman Bandaran Kelana Jaya
Cara: Naik LRT dan turun di stesen Glenmarie. Jalan sedikit untuk sampai ke destinasi.
8. Taman Rimba Kiara
Cara: Naik MRT dan turun di stesen TTDI, kemudian jalan selama 10 minit melalui pintu B.
9. Taman Jaya
Cara: Naik LRT dan turun di stesen Taman Jaya, jalan lebih kurang 10 minit di Lorong Sultan.
10. Taman Tasik Titiwangsa
Cara: Naik MRT dan turun di stesen Hospital Kuala Lumpur. Keluar melalui pintu B dan jalan selama 10 minit untuk sampai ke destinasi.
Haa, senang dah lepas ni, naik je public transport untuk pergi beriadah. Tak perlu nak berebut parking dengan orang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!