Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia, Selamatkan 4 Warga Indonesia Hanyut Di Laut

Sijil tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan atas tindakan dan bantuan menyelamat empat nelayan warga Indonesia.

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Chazynash dan juga seorang pempengaruh media sosial menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution baru-baru ini

Difahamkan, beliau bersama-sama lagi rakan yang lain telah menyelamatkan empat nyawa warga Indonesia yang hanyut di laut selama empat (4) hari setelah bot mereka karam dilanggar kapal tangki di sekitar perairan antarabangsa.

Maritim Malaysia dalam satu kenyataannya di Facebook berkata, sijil tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan atas tindakan dan bantuan menyelamat empat nelayan warga Indonesia.

Kata kenyataan itu lagi, kumpulan nelayan tersebut hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak pada 20 November lalu.

"Keberanian dan tindakan pantas yang dihulurkan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa yang dalam kecemasan.

"Malah dengan tindakan tersebut juga dapat mengurangkan bilangan kes kehilangan nyawa di laut," katanya dalam satu kenyataan.

Seramai tujuh individu dan dua wakil pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sijil penghargaan khas daripada Maritim Malaysia.

Image via Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Facebook)

Seramai tujuh individu dan dua wakil pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sijil penghargaan khas daripada Maritim Malaysia

Individu yang menerima sijil penghargaan khas itu ialah Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, Muhammad Afiq Sazali, Luqman Al Hakim Mohd Sabri, Mohamad Khushairi Mohamad Zuki, Muhammad Afif Abdul Rahman, Muhammad Syukri Yuhanda dan Ismail Ibrahim.

Sementara dua pihak TLDM yang menerima sijil penghargaan khas Maritim Malaysia adalah daripada Stesen Jarak TLDM dan KD Mahamiru.

Kata kenyataan itu lagi, bersempena peluncuran kempen kesedaran keselamatan Monsun Timur Laut (MTL), penyerahan sijil penghargaan tersebut bersesuaian menghargai jasa dan sumbangan diberikan oleh komuniti maritim.

Chazynash dan rakan-rakannya sedang memancing berdekatan Pulau Jarak sebelum menemui empat nelayan warga Indonesia yang hanyut.

Image via Chazynash (Facebook)

Menurutnya, sumbangan dalam memberi bantuan awal terhadap sebarang insiden kecemasan di laut merupakan satu contoh teladan baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, ia jelas mempamerkan semangat tolong-menolong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang mangsa.

"Maritim Malaysia mengharapkan agar tindakan dan bantuan seumpama itu akan memberi impak besar kepada masyarakat.

"Selain itu, ia dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dan keprihatinan terutama dalam kalangan komuniti maritim,"
 ujarnya.

Empat nelayan warga Indonesia yang hanyut dan terapung di perairan Pulau Jarak, Perak pada 20 November lalu.

Image via Chazynash (Facebook)

Dalam kejadian pada 20 November lalu, kumpulan pemancing tempatan ternampak kesemua mangsa sedang melambai-lambai ke arah mereka untuk meminta pertolongan.

Susulan itu, mereka yang sedang memancing dengan segera membawa bot yang dinaiki mendekati keempat-empat individu berkenaan.

Difahamkan, bot yang dinaiki keempat-empat nelayan warga Indonesia itu karam selepas dilanggar sebuah kapal di sekitar perairan negara jiran tersebut.

Lebih mengejutkan, keempat-empat warga negara jiran itu sudah berada di laut selama empat hari tanpa makan dan minum.

Tonton video penuh penyampaian sijil penghargaan kepada Chazynash di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment