seismik

Penaja Mohon Maaf Sebab Cuai Tampal Bendera Malaysia Terbalik Di Baju Lee Zii Jia

Difahamkan, baju Zii Jia tidak dibekalkan oleh pihak BAM sebaliknya oleh penaja Victor kerana statusnya sebagai pemain profesional bebas.

Cover image via Erna Nuridayu (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mencetuskan kontroversi apabila memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 semalam

Dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen itu, dapat dilihat dengan jelas di kaca televisyen Jalur Gemilang yang ditampal di bahagian kiri baju pemain di ranking lapan dunia tersebut ditampal dalam keadaan terbalik.

Sebagai rekod, Zii Jia merupakan pemain profesional bebas dan bajunya tidak dibekalkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebaliknya oleh penaja Victor.

Perkara itu menjadi sensasi di media sosial, di mana beberapa pihak mempersoalkan ketelitian memeriksa pakaian yang digunakan oleh Zii Jia sebelum ia digunakan dalam perlawanan rasmi.

Begitupun, Zii Jia memulakan kempennya di Jelajah Dunia Akhir BWF dengan langkah kanan selepas menewaskan Tien Chen straight set 21-13, 21-15 dalam aksi sulung Kumpulan A semalam.

Penaja tampil mohon maaf isu bendera Malaysia terbalik di baju Lee Zii Jia

Dalam pada itu, penaja Victor Malaysia tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung kontroversi melibatkan logo bendera Malaysia yang terbalik di baju pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara itu.

Victor dalam satu kenyataan rasmi di platform X berkata, pihaknya mengakui kesilapan yang dilakukan berkenaan.

"Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.

"Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kecuaian ini,"
katanya.

Pihaknya juga menjelaskan bahawa sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

"Sekali lagi, kami memohon maaf yang setulus-tulusnya," jelasnya.

Lihat kenyataan penuh rasmi Victor Malaysia di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: