Duit Buku RM15 Lesap Sebab Beli Chicken Chop, Reaksi Sedih Adik Ini Buat Ramai Terhibur
"Kami bukan mendera atau memukul Amira, kami hanya bergurau antara satu sama lain.." - Ridwan, ayah Amira.
Diberi RM15 suruh beli buku, buku tak nampak tapi duit habis. Apabila disoal siasat, terjawablah semuanya...
Video seorang murid perempuan Tahun Satu iaitu Nur Amira Amani Mohd Ridwan telah viral baru-baru ini di laman Facebook.
Dalam video tersebut, murid perempuan itu telah mengalirkan air mata sambil menjawab pertanyaan ibunya tentang mana perginya duit RM15 yang diberikan oleh ayahnya.
Image via imgur.com
Reaksi Amira dalam video yang dimuat naik oleh bapanya itu telah mencuit hati penonton dan pengguna Facebook sehingga meraih sebanyak 263k tontonan dengan 2.8k shares.
Memang comel sangat. Geram!
Menurut sumber, Amira telah meminta wang sebanyak RM15 untuk membeli buku mewarna. Namun ianya telah habis digunakan untuk membeli makanan di kantin sekolahnya.
Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri telatah Amira ketika 'disoal siasat' oleh ibunya:
Menerusi penjelasan bapanya iaitu Ridwan, anaknya itu memang jenis yang kelakar dan dia juga merupakan penghibur dalam keluarga mereka. Malah, abang dan kakaknya juga suka menyakat dia.
Ridwan juga mengatakan bahawa wang RM15 yang diminta itu pada mulanya bertujuan untuk membeli buku mewarna, namun bukunya lesap, wangnya habis.
Rupa-rupanya dia menghabiskan wang tersebut dengan membeli makanan di kantin sekolah yang sangat banyak iaitu 2 pinggan chicken chop, 1 pinggan mee, 1 aiskrim.
Kenyang betul tu dik!
Ridwan juga tidak menyangka bahawa video itu akan viral selepas ianya dihantar oleh isteri. Malah, rata-rata netizen juga terhibur dengan telatah Amira dalam video tersebut.
Namun begitu, apabila sesuatu video atau isu telah viral di media sosial, pastinya akan ada golongan masyarakat yang mengecam tanpa tahu pangkal cerita.
Ridwan telah menjelaskan kepada mStar bahawa dia memuat naik video tersebut untuk disimpan buat kenang-kenangan sekiranya telefonnya hilang. Selain itu, ahli keluarga mereka juga sering bergurau antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, ramai juga pengguna Facebook yang terhibur dengan video tersebut dan menyifatkan Amira sebagai anak yang comel dan bijak.
Tonton juga video di bawah untuk lihat gelagat comel Amira 'membodek' bapanya sebelum wang RM15 itu diberikan.
Alahai, comel lah!
Sumber: Facebook En Wan | mStar
Sampai tiga mangkuk Amira makan! :D
Image via Tenor
Baca juga perkongsian menyuit hati yang lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment