seismik

"Siput Sedut Berjaya Lolos!" - Wanita Ini Kongsi Kisah Siput Sedut Yang Memang Berdekah!

Lawaknya Ya Tuhan! HAHAHA!

Cover image via نور إيفا أشكين نتشا / Facebook

Mungkin banyak kisah suka dan duka yang dialami sepanjang tahun ini dan sukar untuk dilupai. Ada tak apa-apa perkara yang masih mampu untuk buatkan anda ketawa sampai tak ingat dunia bila teringat kembali? Hehe.

Image via Giphy

Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook miliknya tentang situasi kelakar yang dihadapi olehnya serta suami pada hari terakhir tahun 2018. Lawak habis!

Perkongsian tersebut juga telah meraih sebanyak 6.6k shares ketika artikel ini ditulis.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Menurutnya, sebelum ini jika dia membeli siput sedut, pasti akan dimasak terus pada hari yang sama. Tidak pernah disimpan untuk hari seterusnya.

Namun kali ini agak berbeza selepas ibunya sendiri bertanyakan kepada penjual siput sedut bagaimana caranya untuk menyimpan siput sedut untuk dimasak pada hari berikutnya.

"SIPUT BERJAYA MELOLOSKAN DIRI!!"

Termenung sekejap tengok siput2 tu. Lepastu pandang muka suami, pandang siput..tak boleh tahan nak gelak, macam nak pengsan laki bini tak boleh berhenti dari ketawa...

Can't brain. Dah lah jalan slow..ada hati lagi tu nak larikan diri. HAHAHA.

Rupanya petua penjual itu langsung tidak boleh dipakai, hampeh!

Dia ajak semua geng2 dia...takde 1 pun yang tinggal dalam baldi.

Kedua pasangan ini terpaksa bertungkus-lumus untuk kutip ke semua siput yang lolos...

Bila dah penat bersihkan rumah, makanlah! Apa lagi...

Kutip siput dalam rumah ea, bukan kat hutan bakau. 1 rumah bau lumpur... Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu. Dah siap bersihkan rumah baru masak..berejam juga lah...tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.

Cerita lawak 2018 yang mungkin tidak akan pernah dilupakan. Tak tahan betul nak gelak!

"Kenapa tak tutup baldi?" Ini jawapannya...

Terguling-guling bila baca. Ada juga kes macam ini eh!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara cerita lawak lain di SAYS Seismik yang bakal buatkan anda tertawa:

You may be interested in: