Nama Susah Nak Sebut, Cikgu Selamba Tanya Anak Murid Dalam Kelas Ini Jadi Tumpuan
Lebih baik tanya daripada salah sebut.
Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk mengenali dan mengingat nama anak muridnya
Tambahan lagi, kalau guru tersebut merupakan guru kelas. Sudah pasti perlu tahu setiap orang anak muridnya.
Namun baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang guru pening nak sebut nama anak muridnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Otak jam tak tahu macam mana nak sebut nama
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru daripada Indonesia sedang mengambil kehadiran anak-anak muridnya di dalam kelas.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila cikgu tersebut dilihat menanyakan salah seorang anak muridnya bagaimana untuk menyebut nama unik itu.
"Guys, ini yang nombor 19 bacanya bagaimana ya?" katanya.
Image via @kegblgnunfaedh (Twitter)
"Kesian bakal suami dia nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 199K views, 121 reposts dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @kegblgnunfaedh (Twitter)
Image via @kegblgnunfaedh (Twitter)
Image via @kegblgnunfaedh (Twitter)
Nasib baik cikgu tu tanya, kalau salah sebut kecil hati budak tu :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment