Ayah Sanggup Pakai Baju Perempuan Untuk Sambut Hari Ibu Di Sekolah Ini Buat Ramai Terharu
Sebak pula tengok.
Ibu dan bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk emosi seorang anak
Tidak dinafikan, dengan ketiadaan salah seorang ibu atau bapa memang memberi kesan kepada si anak terutamanya apabila mereka kecil lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah sanggup menjadi seorang figura ibu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah pakai dress pergi sambutan hari ibu di sekolah anak
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada salah seorang pelajar di sekolah Thailand itu memakai baju perempuan.
Hal itu disebabkan si ayah mahu menunjukkan figura seorang ibu kepada si anak semasa sambutan hari ibu di sekolah. Dia juga siap memakai rambut palsu yang kelihatan seperti seorang wanita.
Dua beranak itu dilihat berpelukan membuatkan ramai sebak.
"Mengalir air mata, mesti anak dia bangga dengan ayahnya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 36K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!