seismik

[VIDEO] Saja Usik Macam Nak Peluk Jurujual Di Kedai, Pengkid Ini Dikecam Ramai

Takut dia.

Cover image via @ciraplaicim (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak takut dikacau dan diusik dengan orang tak dikenali di tempat awam bukan?

Kadangkala takut perkara itu membahayakan diri, iyalah orang yang tidak dikenali boleh saja buat perkara yang bukan-bukan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang jurujual diusik semasa kerja telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena usik dan kacau dengan pengkid

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang jurujual wanita sedang bekerja di sebuah pusat beli-belah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila datang seorang pengkid mengusik wanita itu. Dia siap mendekati sambil ingin memeluk wanita itu.

Situasi itu membuatkan wanita tersebut merasa kurang selesa dan melarikan diri daripada pengkid itu.

“Dia bukan takut tau, geli sebenarnya” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.1M views, 5K reposts, 8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Nampak sangat jurujual tu dah tak selesa :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: