Suami Minta Belikan Barang, Isteri Packing Siap Tulis Punchline Ini Cuit Hati Ramai
Bersemut kotak tu.
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu akan ada pasang surutnya
Namun, banyak saja cara yang akan membuatkan situasi menjadi lebih romantik dan tidak selalu tegang. Suami dan isteri perlulah memainkan peranan untuk mewujudkan situasi yang harmonis dalam rumah tangga.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang isteri memberi punchline sweet kepada suaminya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Suami minta belikan barang dan kirim parcel, isteri pula buat surprise
Menerusi posting berkenaan, kelihatan gambar tangkap layar perbualan antara suami dan isteri telah dimuat naik di Twitter.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami meminta isteri untuk membelikan beberapa barang untuk kegunaannya. Namun, isterinya dilihat sangat kreatif dengan menampal punchline sweet yang ditulis atas kertas pada setiap produk.
"I'm glade to see you soon"
"Gula-gula ini manis, tetapi tak semanis you"
"I lay my love on you! It's all I wanna do." tulisnya
"Aku pun pernah buat macam ni pos pergi sarawak, tapi tulah dah jadi ex" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.2M views, 2K reposts dan 11K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!