[TERKINI] Polis Sahkan Pesawat Dari Langkawi Terhempas Di Bandar Elmina
Difahamkan, tiga orang terkorban berikutan kejadian ini.
Polis mengesahkan sebuah pesawat ringan telah terhempas di jalan raya di Shah Alam, Selangor
Penduduk berdekatan bandar Elmina, Denai Alam dikejutkan dengan kepulan asap yang tebal dipercayai datang daripada arah jalan raya.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada sebuah kapal terbang kecil yang terhempas di situ. Perkara itu menyebabkan jalan raya hitam seperti terbakar dan asap yang tebal.
Lihat video oleh Auf Marsya Esyal di Facebook dan WhatsApp:
Setakat ini, tiga individu terkorban dalam insiden berkenaan
Pesawat itu dalam penerbangan dari Langkawi dan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Insiden tersebut dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal berada di Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.
Menurut sumber, tiga individu terkorban dalam insiden tersebut membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan ketika ia terhempas di lebuh raya.
SAYS telah menghubungi Sime Darby untuk mendapatkan kenyataan lanjut, tetapi masih belum menerima jawapan pada masa penulisan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaporkan seramai enam penumpang berada di dalam kapal tersebut
Menerusi posting CAAM di Facebook, mereka mengesahkan sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor berdaftar N28JV yang terhempas itu membawa seramai enam penumpang dan dua kru.
Keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!