CSOIAM: Perjalanan Alya Mardien Terhenti Di Minggu Keempat - "Terima Dengan Hati Terbuka"
Keputusan mengejutkan itu membuatkan ramai peminat tergamam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pentas CSOIAM minggu keempat mengejutkan orang ramai apabila Alya Mardien tersingkir pada minggu tersebut
Menjadi antara peserta yang sering memukau penonton dengan persembahannya, Alya Mardien terima keputusan dengan hati yang terbuka.
"Tuhan adalah perancang yang terbaik". Baginya, setiap langkah yang diatur adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih besar.
Tambahnya lagi, kritikan Cakra Khan tidak dipandang negatif olehnya malah dia melihat komen itu sebagai nasihat berharga untuk memajukan diri dalam industri muzik
Image via TV3MALAYSIA
Ingin fokus kembali bagi menyelesaikan pengajian STPM sambil terus berkarya
Tambah Alya, tersingkir dari CSOIAM tidak memadamkan semangatnya. Dia kini ingin fokus dalam pengajiannya di peringkat STPM dalam masa yang sama terus menghasilkan karya muzik.
"Nantikan sesuatu yang menarik, berkemungkinan besar dalam tahun ini juga". Alya memberi gambaran bahawa ini hanyalah permulaan perjalanan muziknya selepas tersingkir daripada pentas CSOIAM.
Image via TV3MALAYSIA
Minggu kelima CSOIAM bakal mempersembahkan tema “Evolusi AJL”, di mana para peserta akan menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas AJL
Minggu kelima akan menyaksikan hanya enam peserta yang tinggal iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva bakal mempersembahkan lagu-lagu ikonik dari pentas AJL.
Jadi, jangan ketinggalan bagi menyaksikan persembahan daripada peserta Top 6 CSOIAM dan kejutan yang bakal menghangatkan lagi episod kelima Calpis Soda One In A Million, semua ini hanya di TV3.
Pastikan anda terus mengundi peserta kegemaran anda untuk meraih hadiah bernilai RM 1 Juta!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS SEISMIK
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment