Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Cuaca Panas & Kekurangan Hujan Antara Sebab Air Di Taman Tasik Taiping Mengering

Paras air berkurang sebanyak 70%.

Cover image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, paras air tasik dan kolam di Taman Tasik Taiping telah menurun hampir 70%

Menurut laporan Bernama, penurunan paras air semasa sehingga dasar tasik atau kolam adalah disebabkan oleh cuaca panas yang berpanjangan dan hujan yang sedikit.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Zubir berkata, penurunan paras air sehingga dasar tasik atau kolam adalah disebabkan oleh cuaca panas berpanjangan dan hujan yang sedikit.

Katanya lagi, tasik dan kolam bergantung pada hujan yang kerap sebagai sumber air utama.

Image via Google

Gambar di sekitar Taman Tasik Taiping yang berusia 133 tahun mengering akibat kekurangan hujan telah menjadi viral di media sosial

Khairul Amir berkata Taman Tasik Taiping, yang dahulunya merupakan tapak perlombongan bijih timah mempunyai beberapa sumber air, termasuk Kolam Allamanda dan Kolam Tujuh Beradik.

“Semua kolam ini juga berfungsi sebagai kolam takungan, menyimpan air sementara untuk membolehkan saliran untuk menyalurkan aliran air permukaan ke laut, sekali gus membantu mengelakkan banjir kilat di Taiping.

Kira-kira 15% daripada air yang mengalir ke dalam tasik atau kolam datang dari Sungai Buloh, dengan baki 85% datang dari air hujan," katanya.

Taman Tasik Taiping merupakan taman rekreasi yang akan pulih secara semula jadi mengikut keadaan cuaca.

Image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Image via Suhaimi Suhaimi (FB)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment