Ayah Pulang Tanah Suci Terkedu Dapat Tahu Isteri Telah Menghadap Ilahi 14 Hari Yang Lepas
Ya Allah, sebaknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja yang tak sedih kalau mendapat berita kematian daripada orang tersayang
Tidak dinafikan, memang susah untuk move on dan teruskan hidup apabila orang yang tersayang itu telah tiada di samping kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga dilihat sedang bersedih menghadapi berita kematian orang terdekat.
Baru pulang dari Mekah, tak sangka dapat berita sedih
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat sebuah keluarga sedang duduk menyambut kepulangan ayah daripada tanah suci.
Namun, apa yang membuatkan orang ramai sebak adalah apabila anak-anak baru memberitahu ayahnya yang si ibu telah pergi ke rahmatullah 14 hari yang lepas.
Ayah mereka seperti tidak percaya tentang berita itu. Dia tidak dapat menahan sebak lalu menangis kesedihan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!