seismik

Budak Lelaki Jadi Saksi Mak Long Tersangkut Dalam Lif, Nasib Baik Pandai Kawal Perasaan

Mula-mula nampak dia pun dah cuak.

Cover image via @zrwoon (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lif memang memudahkan kita untuk naik atau turun berbanding tangga

Namun, tidak dinafikan kejadian seperti tersangkut dalam lif sememangnay perkara yang menakutkan boleh membahayakan nyawa.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang wanita tersangkut dalam lif tetapi anak buahnya terselamat dan telah keluar daripada lif.

Anak buah panik dan menjerit minta tolong lepas lihat kejadian tersebut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita terperangkap dalam lif di sebuah apartmen rumahnya. 

Mujurnya anak buah wanita itu telah keluar daripada lif terdahulu dan selamat di luar koridor. Namun, dia masih tersangkut dalam lif dan tidak dapat keluar daripada situ. Difahamkan, dia juga telah menekan loceng kecemasan berkali-kali tapi tiada yang datang memberi bantuan. 

Dapat dilihat juga wanita itu menggunakan bekal untuk mengelakkan pintu lif daripada tertutup sepenuhnya. Budak lelaki tersebut telah panik dan ingin menangis, tetapi dia pandai mengawal perasaan setelah mendengar nasihat mak longnya. 

Wanita berkenaan kesian melihat anak buahnya cemas meminta bantuan dari rumah ke rumah. Tidak lama kemudian, pasukan bomba datang dan menyelamatkan dia. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@zr.woon

Kisah harini Alam sangkut lift, nasib baik Iman selamat keluar dulu trauma dia sorang2 jadi saksi Alam tersepit and tersangkut dalam lift

original sound - zrwoon - zrwoon

Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Kesian budak itu mesti trauma :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: