Tour Guide China Selamba Tengking Pelancong Dalam Bas Sebab Tak Membeli - "Memalukan!"
Pelancong difahamkan hanya berbelanja sebanyak RM580.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ada sesetengah orang yang suka melancong melalui agensi pelancongan
Mana tidaknya, ia lebih memudahkan kerana tidak perlu membuat research untuk berjalan di negara orang. Tinggal ikut saja tempat yang dibawa tour guide.
Namun, baru-baru ini timbul isu seorang tour guide di China memaki hamun pelancong di dalam bas kerana tidak membeli di negaranya itu telah mencuri tumpuan.
Tengking semua pelancong cakap tak capai had belanja yang diinginkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang tour guide wanita berasal dari China menengking dan memarahi semua pelancong yang ada di dalam bas.
Difahamkan, pelancong seramai 52 orang itu hanya berbelanja sebayak 900 yuan (RM580) saja. Dia meminta semua untuk berbelanja sekurang-kurangnya 2000 yuan (RM1288) baru dibenarkan naik bas.
Bukan setakat itu, sambil dia memarahi pelancong di situ, dia juga sangat kurang ajar dengan bertanya adakah semua orang bisu kerana tak menjawab kepada permintaannya. Dia terasa malu dan kecewa dengan gaya membeli pelancong.
Lebih teruk lagi, dia siap cakap "Kalau korang berbelanja, korang tuhan. Kalau tak, korang sampah".
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!