Peniaga Stadium Nak Untung Lebih, Tergamak Jual Burger Inti Separuh Kepada Pembeli
Dah lah harga mahal, lepas itu inti tak cukup.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, kalau menonton konsert atau bola di stadium pasti ada gerai-gerai jual makanan di luar bukan?
Namun, tidak dinafikan, makanan yang dijual kadangkala mahal harganya. Walau bagaimanapun, pengunjung tetap beli kerana itu saja pilihan yang ada.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis telah membeli burger yang tidak berbaloi dengan harga di kawasan stadium.
Jual inti daging separuh saja
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis merakam burger yang dibelinya.
Lebih mengejutkan lagi adalah apabila burger itu mempunyai inti separuh saja. Malah, inti daging berkenaan dilihat kecil dan sama sekali tidak berbaloi dengan harga yang diletakkan penjual.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!