seismik

Lelaki Dipenjara Sebab Guna Kamera Pengintip Untuk Rakam Penyewa Tukar Pakaian & Mandi

Daniel Poon Lee dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan.

Cover image via TODAY Online & Kelvin Chng/The Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki Singapura telah dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan kerana memasang lapan kamera di apartmennya untuk mengintip seorang penyewa wanita Malaysia

Menurut The Straits Times, Daniel Poon Lee, 68 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan voyeurism pada Selasa, 16 Julai.

Pada Januari 2019, mangsa berpindah ke apartmen Poon di Singapura dan menyewa sebuah bilik kecil tanpa bilik mandi. Poon dan isterinya juga tinggal di apartmen yang sama, mereka menggunakan bilik tidur utama.

Menurut timbalan pendakwa raya Ng Jun Chong, sebelum Poon memasang kamera pengintip, dia akan membuka kunci bilik mangsa dengan kunci utamanya dan masuk ke bilik mangsa sekali sebulan.

Poon menjelaskan kepada mangsa bahawa dia masuk ke biliknya untuk melakukan kerja-kerja seperti menukar mentol lampu, membersihkan kipas, dan mengemop lantai. Dia juga akan memasak untuk mangsa sekali sekala.

Pada mulanya, mangsa berasa tidak selesa dengan memikirkan mungkin Poon hanya bosan di rumah.

Poon mula berani memasang kamera tersembunyi pada tahun 2020 dan 2021

TODAY Online melaporkan bahawa mangsa biasanya pulang ke Malaysia pada hujung minggu, tetapi disebabkan sekatan perjalanan pandemik dia mempunyai lebih masa di bilik sewa. 

Sepanjang dua tahun itu, Poon membeli lapan kamera pengintip secara dalam talian dan memasangnya di tempat-tempat yang boleh merakam mangsa dalam keadaan bogel, seperti di bawah saluran penghawa dingin dan di soket USB di bilik mangsa.

Sebuah kamera juga dipasang di dalam pemanas air di bilik mandi. Kamera lain turut ditemui di beberapa kawasan umum, seperti di dalam jam penggera digital di dapur, lampu hiasan di ruang tamu dan jam dinding di ruang tamu. 

Bilik tidur utama Poon juga mempunyai kamera pengintip yang di pasang di dalam pembesar suara. Semua kamera dihubungkan ke telefonnya, sebab itu dia boleh melihat rakaman secara langsung.

Mahkamah mengesahkan bahawa dia suka merakam mangsa masuk ke tandas dan menukar pakaian di biliknya.

Lebih mengejutkan lagi, sekurang-kurangnya 49 gambar yang diambil dari rakaman langsung ditemui di komputernya. 

Image via TODAY Online

Mangsa perasan dirinya diperhati pada April 2021 apabila dia melihat lubang kecil di dinding di bawah saluran penghawa dingin

Dia menyuluhkan lampu ke dalam lubang lalu mendapati ada cahaya merah. Dia menghubungi teman lelakinya, sepupu, penyelianya dan rakan sekerja selepas itu.

Polis dimaklumkan selepas teman lelaki mangsa tiba di apartmen dan mengesahkan bahawa sumber cahaya merah itu adalah kamera dengan sambungan USB.

Poon tidak berada di rumah pada ketika itu. Sepupu mangsa tidak menemui sebarang kamera pengintip di bilik mandi sebelum polis tiba.

Timbalan pendakwa raya berhujah bahawa tahap perancangan dan niat jahat Poon adalah sangat tinggi, kerana kamera-kamera tersembunyi itu sukar untuk dijumpai.

The Straits Times melaporkan bahawa kes voyeurisme telah meningkat di Singapura, meningkat sebanyak 12% daripada 424 kes pada tahun 2022 kepada 476 kes pada tahun 2023.

Jenayah ini paling kerap berlaku di premis kediaman, kompleks membeli-belah dan pengangkutan awam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: