Ini Cara Mudah Kesan Lokasi Orang Tersayang Melalui Telefon Pintar. Pantau Keselamatan!
Risau keselamatan mereka? Jom ikuti cara ini!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Korang tau tak, dengan adanya kemajuan teknologi terkini, kita boleh pantau keselamatan dan keberadaan orang tersayang dari masa ke masa
Sebagai contoh, jika korang nak pantau ibu bapa yang berumur, korang hanya perlu klik di hujung jari saja menggunakan telefon pintar.
Teknologi kini memang canggih dan tidak dinafikan sangat berguna untuk semua jenis lapisan masyarakat.
Nak tau cara kesan lokasi orang tersayang? Jom ikuti cara ini!
1. WhatsApp
WhatsApp merupakan platform komunikasi yang menyediakan perisian pengesanan lokasi. Cara nak guna fungsi ini sangat mudah!
1. Mulakan perbualan dengan rakan/ keluarga yang ingin korang kongsi lokasi.
2. Tekan butang tambah dan pilih location.
3. Tekan share live location dan pilih jangka masa.
2. Google Maps
Google Maps bukan saja berguna untuk memberikan panduan berasaskan arah dan jalan. Korang juga boleh kongsi lokasi semasa bersama rakan-rakan.
1. Buka Google Maps.
2. Tekan gambar profil korang di atas kanan skrin.
3. Tekan 'location sharing' dan 'share location'.
4. Tetapkan masa dan tekan share.
3. Snapchat
Snapchat merupakan apilkasi media sosial untuk berkongsi video atau gambar kepada kenalan. Tidak dinafikan, Snapchat juga menyediakan pengesanan lokasi.
1. Buka aplikasi Snapchat.
2. Tekan ikon peta di bawah kiri skrin.
3. Lihat kenalan yang berkongsi lokasi di peta.
4. Find My (untuk pengguna produk Apple)
Untuk pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch, korang boleh gunakan aplikasi Find My untuk kesan lokasi rakan atau keluarga yang menggunakan produk Apple juga.
Bukan setakat itu, korang juga boleh kesan lokasi peranti lain yang didaftarkan dalam icloud yang sama. Caranya mudah juga!
1. Buka aplikasi Find My.
2. Pilih 'people' dan tekan 'start sharing location'.
3. Pilih kenalan korang dan tetapkan tempoh perkongsian lokasi sebelum tekan share.
5. Life360
Life360 merupakan satu aplikasi khusus untuk mengesan lokasi. Korang boleh kumpulkan semua ahli keluarga dalam kumpulan yang dikenali sebagai Circle.
1. Buat circle baru dalam aplikasi.
2. Berikan kod kumpulan kepada ahli keluarga yang ingin kongsi lokasi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!