[TIPS] Jangan Buat 5 Perkara Ini Masa Majlis Kahwin Kalau Tak Nak Menyesal!
Tips nombor 3 memang betul.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan pengantin sudah tentunya lama menunggu ketibaan majlis perkahwinan mereka
Mana tidaknya, sesebuah majlis perkahwinan mengambil masa yang lama untuk dirancang supaya ia dapat berjalan dengan lancar pada hari kejadian.
Namun, tidak dinafikan juga ada beberapa perkara yang boleh membuatkan pengantin hilang mood sehingga merosakkan momen hari bahagia mereka. Oleh sebab itu, baca tips-tips yang kami kongsikan ini untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingin semasa majlis perkahwinan korang nanti!
1. Tak hire wedding planner untuk kendalikan majlis
Majlis perkahwinan sudah tentu memerlukan tentatif yang rapi kerana ia melibatkan pelbagai pihak bukan saja keluarga pengantin, malah majlis begini melibatkan tetamu jemputan dan vendor luar.
Kalau korang ada ahli keluarga yang sanggup tolong untuk menjadi floor manager atau person in charge untuk deal dengan vendor, itu semestinya lebih bagus. Iyalah, pengantin memang tak ada masa nak uruskan semua perkara pada hari kejadian.
Tambahan lagi untuk majlis persandingan yang dijalankan pada waktu malam, majlisnya lebih singkat sebab itu wedding planner diperlukan untuk susun atur tentatif dan menjayakan majlis dengan masa yang ditetapkan.
2. Tak hire videographer
Buat masa sekarang, tidak dinafikan ramai yang suka menyimpan foto atau video dalam bentuk digital bukan? Perkhidmatan fotografi dan videografi merupakan servis yang paling hangat dalam kalangan bakal pengantin.
Bukan saja dapat simpan foto dan video sebagai memori, namun ahli keluarga dan pengantin juga boleh menonton video tersebut selepas hari persandingan. Iyalah, masa sanding memang pengantin tak ada masa nak hayati detailing yang ada.
3. Tak ada pengapit
Sejujurnya ramai pengantin yang mengambil ringan tentang tugas-tugas pengapit. Pengapit memang sangat membantu dalam majlis perkahwinan sama ada nikah atau sanding.
Tugas mereka adalah untuk menemani pengantin bersiap di dalam bilik, menyediakan props untuk jurugambar, memberi makan untuk pengantin alas perut dan banyak lagi.
Yang paling penting, pengapit akan memastikan penampilan pengantin di atas pelamin pada setiap masa. Barulah tudung dan make up on point dalam gambar!
Kalau korang nak tahu, sekarang banyak juga yang sediakan servis bride assistant di Malaysia, servis ini juga sangat demanding buat masa sekarang.
4. Tak sempat layan tetamu yang hadir
Disebabkan majlis yang tak teratur, kadang kala pengantin perlu drag tentatif. Ada tetamu jemputan yang datang tetapi pengantin telah beredar untuk sesi bergambar di luar.
Ada juga pengantin yang sibuk bergambar dengan jurugambar sehinggakan tiada masa untuk melayani semua tetamu. Oleh sebab itu, korang perlu tentukan masa untuk bergambar.
5. Tak pakai kasut yang selesa
Pengantin lelaki dan perempuan sudah tentu akan berdiri lama di majlis perkahwinan. Kadang kala kasut yang dibeli pula tak sesuai atau sakit sehingga membuatkan kaki korang melecet.
Tipsnya, pastikan korang beli kasut awal supaya boleh cuba pakai dan praktis jalan. Kasut memang penting, kalau melecet kaki boleh hilang mood. Haa, nak jalan berarak masuk ke dewan lagi, kenalah selesa betul tak?
Haa, kalau tak nak menyesal, pastikan ada semua tu tau! Semoga dipermudahkan urusan semua bride to be di luar sana!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!