seismik

Shuib Mohon Maaf Mengaku Pernah Berjudi & Menang Wang Taruhan Sebanyak RM68,000

Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf atas kelanjurannya.

Cover image via NST & @dolspodcast (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Shuib yang merupakan pelawak popular mengaku silap dan memohon maaf atas ketelanjurannya berkongsi kisah silam

Difahamkan, dia berkongsi dirinya pernah terbabit dalam aktivti perjudian sehingga ketagih. 

Menurut laporan Harian Metro, perkongsiannya itu pada asalnya ingin memberi pengajaran kepada orang ramai, namun perkara tersebut telah membuka aibnya secara terbuka. 

Shuib teruk kena kecam kerana telah membuka aib buruk sendiri kepada orang awam

"Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

"Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

"Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam," katanya kepada Harian Metro. 

Image via Harian Metro

Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast penuh, bukan sekadar melihat klip yang viral

"Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

"Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.

"Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.

"Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan 'peringatan' supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran," katanya.

Shuib mengaku pernah dikepung beberapa gangster selepas menang wang sebanyak RM68,000, namun sejak itu dia tekad meninggalkan tabiat bermain judi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: