seismik

Gadis Dakwa Ada Lelaki Rakam Bahagian Belakang Badannya, Sarankan Orang Ramai Berhati-hati

Difahamkan, lelaki itu telah memadam video tersebut.

Cover image via @OnlymeNFS (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes gangguan seksual kini telah berleluasa, oleh itu orang ramai di luar sana disarankan supaya lebih berhati-hati

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis mendakwa ada lelaki yang tidak dikenali mengikutinya di pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Difahamkan, dia sedang berjalan daripada NU Sentral ke KL Sentral. Namun, datang seorang lelaki mengikutinya dan mujur dia menyedari perkara itu.

Ambil telefon dan rakam bahagian belakang badan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki ditahan dan disiasat oleh dua orang gadis di situ setelah kantoi merakam bahagian belakang badan seorang gadis. 

"This guy caught red-handed sebab ambil video my back with his phone!! Luckily my friend tangkap dia ni sebab dia lambat belakang kitorang. Tolong hati-hati!," tulis mangsa. 

Video kedua pula menunjukkan lelaki tersebut berdiri di belakang gadis bertudung hitam corak bunga semasa menaiki escalator di pusat beli-belah. 

Image via @OnlymeNFS (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Bahaya, korang kena sentiasa alert tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: