Cuba Amalkan Satu Setiap Hari, Ini Antara 8 Doa-Doa Pendek Yang Pahalanya Menakjubkan
Semoga bermanfaat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai umat Islam, amalan sunnah Rasulullah SAW dan bacaan doa sangatlah perlu dititikberatkan untuk mendapat keberkatan hidup
Bukan apa, ia sebenarnya banyak memberi manfaat buat kita. Malah, jika kita mengamalkan beberapa doa setiap hari, Inshaallah rezeki kita akan dimurahkan dan semua urusan dipermudahkan.
Anda tidaklah perlu menghafal doa yang panjang jika tidak mampu, doa pendek pun sudah cukup untuk anda baca dan hasilnya memang akan buat anda sendiri tidak sangka dengan kehebatan doa itu.
Jom kita lihat antara 8 doa pendek dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang anda boleh amalkan.
Image via @aaizatnizam (Twitter)
1. "Allahumma inni as 'aluka al jannah"
Image via Azhan.co
Dengan membaca doa ini, syurga seolah-olah mendoakan anda agar boleh memasukinya. (Tirmidzi 2572).
2. "Allahumma ajirni min an-naar"
Image via Kashoorga
Baca doa ini selepas Subuh dan Maghrib sebanyak 7 kali, maka kita akan terhindar daripada api neraka. (HR. Ahmad & Abu Daud).
3. "Subhanallahi wabihamdihi"
Image via Isma Web
Baca doa ini sebanyak 100 kali setiap hari, maka semua dosamu akan dihapus walau sebanyak buih di lautan. (HR. Bukhari).
4. "Subhanallah"
Image via Denai Hati
Jika anda membaca doa ini sebanyak 100 kali, maka 1,000 perbuatan baik akan dicatat dan 1,000 dosamu akan dihapuskan. (Dari Saad Abi Waq Qas).
5. Membaca Al-Ikhlas 10 kali sehari
Image via Muslim Terkini
Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sepuluh kali dalam sehari, maka Allah bangunkan dia rumah di syurga. (HR. Ahmad).
6. "Subhanallah" (33 kali), "Alhamdulillah" (33 kali), "Allahuakhbar" (33 kali) & "Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu wa huwa 'ala kulli syai' 'in qadir"
Image via Tribun News
Baca setiap kali selepas solat. Semua dosamu akan terhapus bahkan jika sebanyak buih di lautan. (HR. Muslim).
7. "Radhiitu billahi rabba wa bil Islaami diina wa bimuhammadin Rasuulaa"
Image via Tribun News
Barangsiapa yang mengucapkan ini, maka syurga baginya. (Dari Abu Said Al-Khudriy).
8. "la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzolimin"
Image via Kifarah Media
Ayat ini dipercayai mampu menghilangkan kesulitan, kesedihan, dan hati jadi tenang. Baca selama 40 hari, maka doamu akan diijabah Inshaallah.
Moga kita semua dapat mengamalkannya dan terus istiqomah :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment