Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dah Ready Ke Belum? Ini 6 Soalan Yang Mungkin Ditanya Makcik Bawang Di Hari Raya

Kena sediakan jawapan siap-siap ni.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setelah dua tahun tak dapat beraya, akhirnya raya kali ini kita dapat berjumpa dengan saudara-mara

Bila dah lama tak bersua muka, pasti ada banyak soalan cepumas yang akan ditanya oleh mereka. Biasalah, makcik-makcik bawang kenalah buat kerja dia orang raya kali ini setelah berehat hampir dua tahun lamanya.

Jadi, ini adalah 6 soalan yang mungkin akan keluar daripada mulut makcik-makcik bawang di hari raya nanti:

1. Dah makin berisi sekarang, tak jaga badan ke?

Bila kalian dapat soalan macam ini, mohon bersabar. Janganlah pula kalian marah atau terasa hati. Iyalah, dah lama tak berjumpa mungkin makcik bawang pun dah lupa rupa kita dulu macam mana. Padahal berat kita maintain je.

2. Kenapa kurus sangat ni, sakit ke?

Ha sudah! Tadi badan berisi ditegurnya, sekarang kurus pun ditanya. So, kalian relaks je. Memang berat badan ni soalan standard makcik-makcik bawang. Maklumlah, nak jadikan bahan berborak. Layankan je lah ya, setahun sekali je.

3. Belajar dekat mana? Ambil course apa?

Kepada yang masih belajar, ini memang soalan wajib ditanya oleh makcik-makcik bawang. Kalian mungkin akan rasa seolah-olah kena interview apabila soalan ini diutarakan.

Nampak macam soalan yang mudah bukan? Jangan terpedaya. Mula-mula dia tanya “Belajar dekat mana?” “Course apa?” Nanti keluar pula soalan “Kenapa ambil course tu?” “Nanti ada kerja ke?” Mohon anda kuatkan semangat.

4. Dah habis belajar, bila nak kerja?

Zaman sekarang ini bukan mudah nak dapat kerja tapi makcik-makcik bawang memang suka tanya soalan pedas macam ini. Itu belum lagi dia compare dengan anak dia, fuh lagi dahsyat cengkaman di jiwa.

Kalian janganlah marah, mungkin dia boleh bantu recommend kerja ke. Dalam situasi ini, kalian anggaplah makcik bawang tu sebagai connection ya.

5. Bila nak kahwin?

Soalan ini memang soalan favourite makcik-makcik bawang. Dah habis belajar dan dapat kerja? Mestilah tanya bila nak kahwin pula. Kepada golongan perempuan, jangan pula kalian jawab “Tunggu suami makcik masuk meminang”, lain pula jadinya nanti.

Kalau kalian dah ada calon, bolehlah bersembang panjang. Kalau tiada calon, kalian jujur je lah. Manalah tahu dia nak kenalkan calon.

6. Bila nak dapat anak?

Ingatkan bila dah kahwin, tamat dah sesi soal jawab dengan makcik-makcik bawang ni. Rupa-rupanya ada lagi soalan yang menanti. Soalan ini sememangnya sangat sensitif.

Rezeki anak itu Allah sahaja yang tahu dan kita hanya mampu merancang. Kalau kalian dapat soalan macam ni, jawab je dengan tenang "Ada rezeki, dapatlah anak nanti. Makcik doakan ya".

Jadi, inilah 6 soalan yang mungkin ditanya nanti. Pastikan kalian semua dah prepare jawapan supaya senang nak jawab nanti :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment