seismik

Ini Tiga Filem Raya Yang Anda Perlu Tonton Bersama Keluarga Sempena Aidilfitri Nanti

Barulah raya kali ini lebih meriah!

Cover image via tonton CINEMA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kuih Raya, keluarga, mercun, apa lah Raya tanpa havoc dan gelak tawa kan? Apa lagi kalau kita share ketawa tu bersama keluarga sambil menonton filem

Kalau anda mahu tahu, tonton CINEMA ada 3 filem baru yang anda boleh tengok secara percuma!

1. Bini-Biniku Lockdown

Image via tonton CINEMA

Filem ini mengisahkan bagaimana Azim handle empat orang isterinya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown.

Dibintangi oleh Dato’ Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Nadia Brian, Datin Paduka Eina Azman dan Sangeeta Krishnasamy.

Boleh ke Dato’ Afdlin Shauki mengelak isteri-isterinya daripada mengetahui yang dia sudah beristeri empat?

2. Artis Pujaanku Mai Beraya

Image via tonton CINEMA

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang rakannya, artis paling popular Malaysia, Shafinaz untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadan di luar bandar setelah bertahun di luar negara.

Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan dan Sherry Al jefri. Ada banyak suasana lawak dan ceria dalam filem ini!

Katanya, Zain ada perasaan pada Syafinaz dan cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

3. Hantu Karaoke

Image via tonton CINEMA

Kisah komedi tentang Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya, bertemu dengan Cumi, seorang hantu!

Abu Bakar terkejut menjadi takut dan cuba melarikan diri tapi Cumi menahan dan merayu untuk membantu menyempurnakan mayatnya.

Dibintangi oleh Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Nazeera Sardi dan Adeline Tsen.

Semua filem ini akan tersedia ada bermula pada Hari Raya Pertama di tonton CINEMA dan YouTube TV3 secara percuma!

Untuk keterangan lanjut berkaitan filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA cinema.tonton.com.my, Facebook @tontonmy, Instagram (IG) @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022